Wednesday, August 20, 2008

Kebakaran Tangki Minyak di Tanjung Langsat

Salam...

Tentu semua dah tau pasal kebakaran tangki minyak kat Tg. Langsat, Pasir Gudang tu. Actually, petang Ahad tu (17/08/2008), hubby dan anak2 gi ronda2 kat sana. Mereka pergi ke Pantai Pasir Layar tu...saja pusing2. Memang tak ada yang peliknya kat area tu. Masa tangki tu terbakar, hubby baru aje dalam perjalanan balik melepasi kawasan tangki2 tu. Alhamdulillah!!! Nasib mereka sungguh baik. Anak2 dan hubby terkejut sangat tengok api kat tangki tu. Ada satu kereta tu berhenti memang betul2 kat depan kawasan tangki tu. Nasib baik mereka sempat menyelamatkan diri. Memang amat berbahang apinya. Hubby sempat rekodkan dalam handphonenya kejadian kebakaran tu. Dan snap beberapa keping gambar. Tapi gambarnya tak berapa nak clear sebab guna h/phone je.

Ini salah satu gambar kejadian pada petang Ahad, 17/08/2008 @ 6:56pm.


Saya menetap di Taman Pasir Putih, so dapat nampak dengan jelas asap berkepul-kepulan hitam naik ke udara. Tapi apinya tak boleh nak nampak dari rumah saya.

Malam tadi, kami pergi mengunjungi lokasi kebakaran tu. Of course tak boleh sampai dekat2 dengan tangki tu tapi dari jarak 1km boleh nampak dengan jelas api yang sedang marak menjilat tangki ke-2. Takut gak nengoknya...

Kat bawah ni beberapa gambar yang kami snap malam tadi (19/08/2008 @ 9:00pm)





Lagi gambar2 kebakaran.....


No comments: